Monday, December 13, 2010

MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT..

  Insyallah sebagai langkah seterusnya, bagi memberkati dan menjadikan blog ini tidak sia-sia, saya akan berkongsi sedikit sebanyak daripa hasil pembacaan tentang situasi zaman sekarang dan pandangan dalam islam. Bukan mengajar tetapi sekadar pengkongsian. sekiranya terdapat kekurangan dan kesalahan terlebih dahulu saya memohon maaf dan harap pembaca blog ini dapat membaiki dan menambah atas informasi yang saya paparkan di sini.

  Untuk permulaan, saya tertarik untuk membicarakan tentang hal yang berkait rapat dengan wanita terutama remaja perempuan pada masa kini iaitu mengenai aurat yang sering dianggap remeh dikalangan remaja sekarang.

  Di antara perang yg dilancarkan oleh musuh-musuh islam pada zaman sekarang adalah soal trend pakaian. musuh-musuh islam itu menciptakan bermacam-macam trend pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.

  Masalahnya, pakaian-pakain tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis, atau ketat. Bahkan sebahagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di hadapan mahramnya sendiri.

  Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengkhabarkan bakal munculnya pakain semacam ini di akhir zaman, Baginda bersabda yang bermaksud:

   "Dua (jenis manusia) dari ahli neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti seekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan punggungnya dan berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti bonggok unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mendapat wangiannya, dan sungguh wangi syurga telah tercium dari jarak perjalalnan sekian dan sekian"

  Termasuk dalam kategori ini adalah pakaian sebahagian wanita yang memiliki solekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bahagiannya, sehingga ketika duduk tampak auratnya.

  Di samping itu, apa yang mereka lakukan juga termasuk menyerupai orang-orang kafir, mengikut trend seta pakaian yang menjolok mata yang mereka buat. Kepada Allah kita memohon keselamatan.

  Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian. Seperti gambar penyanyi, kelompok-kelompok muzik, botol dan cawan arak, juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, atau lambang-lambang kelab dan organisasi bukan islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak di tulis dalam bahasa asing.



   

No comments:

Post a Comment