Monday, December 20, 2010

SuaRa HaTi SeoRaNg YG BerNaMa " WANITA "

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami. 


Tuesday, December 14, 2010

searching : {serenity+peacefulness} = happiness

shikin!! cool ok... kan dah cuti sekarang, tapi kenape macam lain jer nie. semua x kena.. Astagfirullahalazim...
  
                Kenapa ye????

Dah tahu macam mana TEORI tuk mendapat ketenangan tetapi kenapa berat sangat tuk memPRAKTIKannya.. hmm...


                                              .. HATI..

kenape ada HATI??
ape fungsi HATI??
kenape HATI mudah disakiti??
apakah ubat untuk HATI??

kalau peha kanan disakiti, peha kiri terasa sakit..
tapi kalau HATI disakiti.. seluruh badan merana..

hebatnya HATI..

Monday, December 13, 2010

MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT..

  Insyallah sebagai langkah seterusnya, bagi memberkati dan menjadikan blog ini tidak sia-sia, saya akan berkongsi sedikit sebanyak daripa hasil pembacaan tentang situasi zaman sekarang dan pandangan dalam islam. Bukan mengajar tetapi sekadar pengkongsian. sekiranya terdapat kekurangan dan kesalahan terlebih dahulu saya memohon maaf dan harap pembaca blog ini dapat membaiki dan menambah atas informasi yang saya paparkan di sini.

  Untuk permulaan, saya tertarik untuk membicarakan tentang hal yang berkait rapat dengan wanita terutama remaja perempuan pada masa kini iaitu mengenai aurat yang sering dianggap remeh dikalangan remaja sekarang.

  Di antara perang yg dilancarkan oleh musuh-musuh islam pada zaman sekarang adalah soal trend pakaian. musuh-musuh islam itu menciptakan bermacam-macam trend pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.

  Masalahnya, pakaian-pakain tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis, atau ketat. Bahkan sebahagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di hadapan mahramnya sendiri.

  Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengkhabarkan bakal munculnya pakain semacam ini di akhir zaman, Baginda bersabda yang bermaksud:

   "Dua (jenis manusia) dari ahli neraka yang aku belum melihatnya sekarang iaitu; kaum yang membawa cemeti-cemeti seperti seekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan dengan menggoyang-goyangkan punggungnya dan berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti bonggok unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak akan mendapat wangiannya, dan sungguh wangi syurga telah tercium dari jarak perjalalnan sekian dan sekian"

  Termasuk dalam kategori ini adalah pakaian sebahagian wanita yang memiliki solekan panjang dari bawah, atau yang ada lubang di beberapa bahagiannya, sehingga ketika duduk tampak auratnya.

  Di samping itu, apa yang mereka lakukan juga termasuk menyerupai orang-orang kafir, mengikut trend seta pakaian yang menjolok mata yang mereka buat. Kepada Allah kita memohon keselamatan.

  Di antara yang juga berbahaya adalah adanya berbagai gambar buruk di pakaian. Seperti gambar penyanyi, kelompok-kelompok muzik, botol dan cawan arak, juga gambar-gambar makhluk yang bernyawa, salib, atau lambang-lambang kelab dan organisasi bukan islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak lagi memperhitungkan kehormatan dan kebersihan diri, yang biasanya banyak di tulis dalam bahasa asing.



   

Sunday, December 12, 2010

TAKDIR ILAHI...

Perancangan kami sekeluarga nak balik kampung untuk bercuti bertukar menjadi satu tragedi. Mak lang telefon bagitau yang bapa saudara ku kemalangan dan keadaan dia 50-50. Perasaan tekejut dan becampur ragu2 tentang hal ini.Jadi kami pum begegaslah pergi ke Hospital Taiping di wad 18. semua perasaan ragu2 hilang apabila kami menyaksikan sendiri keaddan dia. memang x sanggup nak tengok. dia tak sedar sehingga kami nak berangkat pulang. dan dia terpaksa dipindahkan di ICU kerana keadaannya yang tidak stabil.. Time nak balik kami dapat tegok dia kat luar tingkap je. Hampa rasanya tak dapat tengok dia sedar sebelum kami pulang. harap dia akan sedar dan pullih seperti sedia kala dan dapat pergi jolok ikan sama-sama dgn anak menakan dia lagi kat bendang. Amin..

Sunday, December 5, 2010

MaKa BeRMuLaLah....

MaKa BeRMuLah...
apabila kebosanan melanda setelah tamat sem 1 beberapa hari yang lepas.. maka tercetuslah perasaan ingin membuat sesuatu yang baru.. diinspirasikan oleh misswana maka bermulalah jari2 ini membuat kerja..
hmm... tuk firstime nie... x tahu nak kongsi apa lagi.. just muqadimah je lah... hope blog nie akan terus diupdate lah..