Monday, February 21, 2011

MARILAH MENGUNDI > TUNAIKANLAH KEWAJIPAN PADA UNiSZA..

UNiSZA ~ siswa siswi mengundi ~ excited+confuse ~ propaganda+hasutan ~ beratur+waiting ~ pangkah2+lipat2 = BEST!!!! but result???? tuguuuuu.... hehehe...

Saturday, February 5, 2011

bismillahhirahmanirahim...

sekarang sudah masuk bulan FEBUARI, makin sibuk lah nampaknya dengan asgmnt, test n sebagainya. tak puas rasanya blik cuti RAYA CINA  ari2.. life must go on dan perjuangan di jalan yang dipilih ini harus diteruskan. lagi 2 bulan lebih sem 2 nak habis. dan lagi 2 tahun lebih jugak dip nak abis.. jadi.... semangat2... teruskan usaha dan perjuangan..

Sunday, January 16, 2011

KISAH POKOK EPAL

sebuah kisah yang ku baca di ruangan facebook kawan. sangat menarik dan terdetik di hati untuk copy n share di ruangan ini agar dapat sama-sama kita mendapat pengajaran bersama.....

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang.
Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.
SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.
KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.
KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN.
NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.
HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Thursday, January 13, 2011

menyusuri bandar kuala terengganu with kancil..

  Ingatkan dah tak jadi pergi bandar disebabkab hal yang remeh 2, tapi disebabkan kenekadan ummi sebagai driver baru di unisza kami menempah kancil kat luar. mula2nya hanya 4 orang, itu biasa, and then tambah jadi 5 orang, itu normal. tapi sebelum jer bertolak penumpangnya bertambah jadi 6. bolehkah kancil dengan 6 penumpang di dalam nya????? dasyat 2.. apabila di set up sana sini Alhamdulillah muat, cam x caye jer, hehe..
  Kami memulakan perjalanan bacaan doa dan selawat, tetapi kali nie lebih sikit bacaannya kerana ini firstime untuk ummi karimah memandu setelah lamanya dan first time jugak drive kat bandar terengganu yang boleh dikatakan agak sibuk. tapi disebabkan hari itu hari khamis jadi jalan agak lenggang. cubaan round board pertama, lepas. selekoh pertama, lepas. selekoh ke tiga pun lepas. sekarang umi mencuba memecut dan melintas sebuah motosikal dan lepas. hebat lah ummi. tetapi selepas itu ummi nekad ingin memotong kereta di hadapan. hati kami berdebar dan bacaan selawat diiringi. ummi mula memecut di lorong kanan and finally.... lepas jgak.. hehehe... hebat lah ummi. akhirnya kami sampai ke destinasi yg dituju. walaupun semua halangan dilepasi tetapi ada juga halangan yang sangkut iaitu halagan last sebelum sampai.. "parking" huhu.. lega time 2 kete x banyak dan dengan semangat dan dorongan daripada penumpang yang berhimpit itu, ummi berjaya membawa kami round2 bandar kuala terengganu. dan kami selamat sampai ke unisza. target seterusnya ialah ke SEKAYU.. berjayakah kami?? kita nantikan.. hee...

info dan pesanan yang ingin disampaikan daripada kisah ini ialah : sesunguhnya kancil muat untuk 6 orang. hee..                              
                                                                          THE END
                                                                       -THANK YOU-

Monday, January 10, 2011

KiSaH TeNGKoRaK DaN SeoRaNG PeNGGaLi KuBuR..

  DARI HASSAN AL-BASRI RAHMATULLAHI ALAIHI, DIA BERKATA : "AKU PERNAH MELIHAT BAHRAM BANGSA AJAM PADA SUATU HARI SEDANG MENGGALI KUBUR. DIA MENGAMBIL TENGKORAK-TENGKORAK ORANG MATI DAN MENCUCUKNYA DENGAN TONGKAT PADA LUBANG TELINGA TENGKORAK YANG DIAMBILNYA. JIKA TONGKAT ITU DAPAT MENEMBUSI LUBANG TELINGA HINGGA KE LUBANG TELINGA YANG LAIN, MAKA DIA MEMBUANG TENGKORAK TERSEBUT. JIKA TONGKAT ITU TIDAK DAPAT MENEMBUSINYA SAMA SEKALI, MAKA DIAPUN MEMBUANGNYA. TETAPI JIKA TONGKAT ITU BERHENTI PADA OTAK TENGKORAK ITU MAKA DIA MENCIUMNYA LALU MENGUBURNYA KEMBALI. BERTAYALAH AKU KEPADANYA SEMUA KEJADIAN ANEH ITU.

  BAHRAM MENJAWAB : " KEPALA YANG DAPAT DITEMBUSI TONGKAT INI MULAI DARI LUBANG TELINGA YANG SATU KE LUBANG TELINGA YANG LAIN , MAKA DAHULUNYA DIA MENDENGAR NASIHAT DAN PEMBICARAAN YANG HAQ. TETAPI KEDUANYA MASUK KE DALAM SATU TELINGA DAN KELUAR DARI TELINGA YANG LAIN DAN TIDAK MENETAP DI DALAM OTAKNYA SERTA TIDAK MAHU MENGAMALKANNYA. JADI TIDAK ADA KEBAIKAN  PADA KEPALA ITU. SEDANG KEPALA YANG TIDAK DAPAT DITEMBUSI TONGKAT SAMA SEKALI, MAKA DAHULUNYA DIA TIDAK MAHU MENDENGARKAN NASIHAT DAN PEMBICARAAN YANG HAQ KERANA SIBUK DENGAN KEMAHUAN NAFSU DAN KESENANGANNYA. JADI TIDAK ADA PULA KEBAIKAN PADA KEPALA ITU.
  

 ADAPUN KEPALA YANG HANYA DAPAT DITEMBUSI TONGKAT INI SAMPAI KE OTAKNYA, MAKA DAHULUNYA DIA MAHU MENDENGAR NASIHAT DAN PEMBICARAAN YANG HAQ LALU MENETAP DI OTAK DAN MENGAMALKANNYA. DIALAH YANG DITERIMA DI SISI ALLAH. KERANA ITULAH AKU MENCIUMNYA DAN MENGUBURKANYA KEMBALI".

                                                                                                                                                          


Wednesday, January 5, 2011

new day--new month--new year--new sem--new books--new lecture = same syikin.. hee..


   Alhamdulillah wa syukur lillah.. diri ini diberi kesempatan lagi menghirup udara di TAHUN BARU 2011.. hmmm... tahun baru semua orang bercakap tentang azam baru.. APEKAH yg mahu diazamkan pada tahun ini ek.. hmm.. biarlah rahsia, hee... tetapi semua orang mengharapkan sesuatu yg lebih baik daripada sebelumnya.. sama lah dengan diri ini.. 

   Apapun 2010 sudah menjadi kenangan, kenangan yang xkan dilupakan. pahit manis yg dilalui bersama family, kawan2 menjadi warna2 yg mencorakan pelangi diri ini pada tahun 2010. jiwang lah plak, hee.. TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANKS N TOCHE2 kepada semua yg menjadikan tahun 2010 begitu indah n bermakna. sekali lagi ..                  
                                   
                                  TERIMA KASIH...